Im done with Harry Potter, "harry potter and the deathly hallows". Sebuah filem fiksyen yang bersambung-sambung kian tahun dari aku sekolah sampailah ke sekarang. Filem yang diadaptasi daripada sebuah novel ni kira antara hasil kerja sedemikian yang paling menjadi. Contohnya tak mudah untuk sesuatu itu diadaptasi menjadi satu benda lain yang lebih sempurna kerana tanggapan tinggi orang-orang yang mengharap. Tapi mereka berjaya. well done !

Aku bukanlah pengikut ataupun pembaca novel (why the hell aku nak baca novel??) hahaha.. Aku jugak tak hafal nama-nama character dalam movie ni kecuali Harry Potter (mestilah.. cite ni guna nama tu) and then aku cuma ingat professor yang jahat nama Snape tu. Itu sahaja. Selainnya aku just buat-buat tahu time masuk panggung tu. Bukan apa, aku agak kurang menonton cerita yang banyak cakap dan kurang aksi. Walaupun ianya sebuah filem adventure tapi aku still anggap hanya harry potter pertama je yang mendapat perhatian aku. Dan jugak yang terakhir ni jugak. Aku lost langsung tentang apa yang jadi sepanjang bertahun-tahun movie ni ditayangkan. Mungkin aku memang tak reti layan cerita yang guna spoken accent yang english sangat contohnya harry potter dan narnia seumpamanya.. 

Overall Harry Potter And The Deathly Hallows ni memang mengubah sedikit persepsi aku tentang movie ni sebab untuk part terakhir ni aku tak ada rasa bosan or ngantuk sekali pun. Tak banyak cakap tapi lebih kepada jalan cerita dan scene-scene mendebarkan.. Boleh dikatakan aku suka part last ni. Macam mana diorang mempertahankan sekolah magik diorang and segala terbongkar dalam part last ni yang mana rahsia-rahsia korang tak tau dan fikir selama ni.  

Aku duduk sebelah minah yang kalau layan panggung memang penuh emosi. Aku tak sangka dia boleh nangis teresak-resak kat sebelah aku.. aku tanya kenapa dia jawab sedih sebab maybe besar kemungkinan Harry Potter perlu mati dalam movie ni sebab nyawa dia bersatu dengan orang jahat tu. But aku wat muka pelik je and gelak sebab movie tu baru separuh jalan je pun.. hahaha... Dulu masa layan KL Gangster awek yang duduk sebelah aku ni boleh dia terkejut and tendang kerusi orang depan time Zizan kena tikam dengan pisau.. Lepas tu dia nangis sorang-sorang kat tepi tu.. Hahahaha... Itulah perangai Cik Intan.. Buruk benoorr.. hahahaha...

Untuk korang.. filem ni adalah mesti tonton dan bagi aku tak rugi pun layan movie ni. And yang terfikir nak layan 3D tu aku rasa layan 2D lagi puas kot.. Lagi terang and takkan ganggu image korang time layan movie ni. Selamat menonton semua.. :)

Rate : 4/5 Keping asbesstos untuk movie ni.. 

Categories:

3 Responses so far.

  1. ini adelah filem fiksyen yg direview oleh orang eksyen atau dalam bahasa jawa peranchis org eksen...hahahaha

    lama tak singgah sini...sapotlah bokbend haku der...haku perlukan tajaan...haha

  2. LawaLawa says:

    eh mane ade la..awk sorang je yg pasan..org len x ckp pe2 pun dalam wayang tu..tipu tipu ;p

    hahaha:D

  3. army4war says:

    baru layan tadi pasal sangat bosan di petang hari.. citer tak mengecewakan.. aku tak penah follow harry potter sebelum nie.. mengenangkan ni final.. aku tanak mengecewakan pengarah dia kekeke.. 3/5

Leave a Reply