Seriusly aku sekarang rasa dah tak reti nak menulis dalam blog aku sendiri.. dah beratus kali aku taip dan aku padam.. taip dan padam.. then terus off laptop.. Aku kene jangkitan apakah ini?? aku dah cuba macam-macam jenis rawatan contohnya mandi bunga.. minum air mata sendiri.. tadah kaki lori tengah laju.. gesel punggung kat jalan tar kul 12 tengah hari .. minum susu botol anak sedara aku dan pelbagai lagi... tapi nampaknya sehingga kini ianya masih penuh misteri.. bodoh tetap bodoh.. aku masih gagal untuk menghasilkan satu entry pun.
Now dah puasa and aku tengah sakan cari duit untuk poket raya. So nanti bolehlah bagi sorang rm1 kat anak-anak sedara aku. Oh ya dan mungkin hanya 50sen sahaja bagi mereka2 yang terlibat kes pecah masuk bilik aku and rosakkan semua action figure (robots collection) aku bulan lepas .. kata ibu, "mereka memang nakal.. mak dah cuba nak halang.. tapi apakan daya.. mak insan lemah nak...." takpa... yang lepas tu lepas... megatron aku masih mampu berdiri dengan sebelah kaki... apa ade hal...
Sebulan dua ni hidup aku banyak tertumpu kat depan laptop dan screen komputer. Shoot gambar pengantin... edit gambar pengantin... siapkan album pengantin.. shoot untuk lawalawa... and manage blog lawalawa.. settlekan business kuih raya member... Terlalu banyak kerja yang perlu aku siapkan sampaikan aku terpaksa bawak kerja pergi office. Masih tak siap dan kadang-kadang laptop pun aku angkut bawak masuk tandas menandakan aku seorang lelaki yang komited... yeahh~
Masalahnya bila seseorang manusia tu menghabiskan hampir seluruh 24 jam dalam hidupnya depan laptop, manusia-manusia lain disekelilingnya menganggap beliau itu sedang bermain 'facebook'. Pada pandangan mereka tak ada benda lain kalau ngadap screen tu mesti facebook. Padahal serius dah kerja aku edit gambar pengantin.. mestilah aku terperap depan latop.. aku malas nak terangkan pada sorang-sorang.. biarlah apa diorang nak fikir... biarlah budak-budak staff aku pun anggap aku layan 'facebook' je.. asalkan ada uwang masuk poket aku cukuplah.. cakap banyak pun tak guna...
And alhamdullillah rezeki aku bila masuk ramadhan ni makin mencurah-curah... ramai customer dah mula buka mata and usha pakej-pakej photography aku untuk wedding diorang... pre-wedding, tunang .. nikah sanding atau pun outdoor.. pelbagai negeri... sehinggakan ada offer untuk ke penang yang terpaksa aku tolak sebab alasan terlalu jauh dan mungkin kurang berbaloi untuk aku.. Business Intan dengan LawaLawanya pun semakin pesat membangun.. Aku pun hairan baru 10 minit publish dah habis licin customer dia sapu and booking.. Insyallah aku dengan intan akan tingkatkan lagi quality dan quantity untuk business LawaLawa tu...
Aku memang dari dulu bercita-cita nak bikin Empayar kami sendiri... Insyallah benda ni takkan menjadi kalau tak ada support dari member-member terdekat.. Aku sedang cuba nak bangkit dengan kawan-kawan yang ada sekarang which is mereka semua hebat-hebat belaka.. Aku inginkan satu tahap dimana asbesstos photography dan jugak LawaLawa Blogshop mampu berdiri antara business online yang mampu dikenali oleh orang.... korang jangan baca je.. tolong lah aminkan sekali.. hahahaha.. Macam-macam planning aku dan intan sedang bikin untuk lebih maju.. Insyallah.. Insyallah....
Erm.. aku tak sangka ada antara korang berjaya baca entry ni sampai habis.. Mesti korang bosan and lapar sangat kan? hahaha... well... ni jela untuk kali ni.. Insyallah esok aku nak post lagi satu entry baru... Aku dah free sikit.. just nak maintain and bikin blog LawaLawa bagi lebih user-friendly je.. Salam Ramadhan kamu semua... Terima Kasih banyak-banyak.. :)
Categories:



heheh insyaAllah, sy sentiasa doakan awak, intan & semua2 yang saya sayang ;)
ehehhehe.. thanks cherrie.. :)
ini yg dikata takde idea ya..ini yg dikata sebuk edit gambar siang mlm ye..penuh mcm essay spm ni katanya taip taip delete ya.
jangan nk zuhud sangatla kudin.sebagai rakan sebaya(ahaks)kite kena tonjolkan kelebihan yg ada,make yourself proud,show off yourself and last but not least enjoy life to d max.
tapi jangan sekali kali lupakan tuhan.kerana semuabyg kita ada adelah pinjaman.
Hrmmmmmmm manissss tak kurma itewww?kurma itewew mmg manis tapi kamu mmg tak manis.mentang2lah ling saya takDe dirumah...okey saya dh.mula.merapu gonjeng.hahaha mmg takleh nk siriuz.layankan saja abam kuden.go to neraka apa org nak kata.
hahahahhahahahaha... comment ko sekejap aku rasa mcm kene maki.. kejap aku rasa nak gelak.. deym u... hahaha... yela.. aku ngah bertatih2 and yea dalam masa sama tuhan tetap tak lupa..
gua cuba zuhud se zuhudnya.. hahahha
nk zuhud yeeeeeee....
*hulurkan 1000D utk ditukar dgn 60D sambil kenyit2 mata merah kt abam kuden*
alhamdulillah dpt merasa gajet meletop.hahahaha.
hahaha.. S2 incoming! ops.. zuhud2
tiap kali aku nak baca blog ko, aku kene pastikan dulu aku tak lapar.. berapa kali aku kne tengking dengan kak sibah pasal nk berbuka posa tengahari pas baca n3 ko..
AMIN~! semoga semua cita2 ko tercapai.. jahat2 aku pun, aku tetap doakan kebahagiaan ko.. deym~! aku tak suka ayat aku tue.. ilang jap rasa macho aku..!!
Pedulikan apa org nak kata, janji kita tau apa kita buat sudah la..klu abes bjam2 kat facebook pun apa salah nyee,...
:') sobbs sobbs
go gooo lawalawa!
meh nak aminkan...amin :) eheh.
semoga sukses dgn biz yg dijalankan. sekali lagi..amin :)
hehehe.. thanks bro.. appreciate it.. hope bro pun makin sukses dengan blog tu.. hehehhe
LawaLawa : hehehe.. good luck for us! hehe
Juanita : hehehe.. salah kalau memudaratkan n leka.. tapi rasanya facebook untuk business gak... hehe.. thanks.. :)