Salam semua. Finally ini adalah job wedding pertama aku selepas berehat panjang selama 6 bulan. Wedding Linda & Farid ni jugak memberi satu cabaran untuk aku sebab first time aku akan shoot job wedding menggunakan Canon 60D dan lens-lens baru yang lain. Senang kata disinilah permulaan untuk aku dan 60D.
Event kali ni berlangsung penuh di Kota Tinggi bermula jam 9 pagi hinggalah ke 7 petang. Nikah, Sanding & Outdoor. Gambaran tentang perkahwinan mereka ni secara mudah aku boleh spesifikasikan adalah "Meriah".
Bawah ni tak semua gambar-gambar aku upload.. memang tak banyak aku letak kat sini sebab album dia pun masih belum sampai pada tangan yang empunya. Enjoy guys.. :)












