Contact Form

Name

Email *

Message *

About Us



Mohd Naqiuddin dan senang dipanggil Kuden sahaja. Lahir pada 20 February 1988, berasal dari pada Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Ampang, Kuala Lumpur. Seorang lepasan Diploma dalam bidang IT & Multimedia pada tahun 2009.

Kini, sudah hampir 4 tahun kami berkecimpung dalam bidang photography perkahwinan ini. Seribu satu kenangan dan pengalaman telah kami tempuhi. Bermula daripada sebuah hobi dan kini menjadi sumber pendapatan secara sampingan. Alhamdullillah.

Ternyata apabila dipertanggungjawabkan merakam detik indah sesebuah pasangan itu memberi kami persepsi baru dan kepuasan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Senyuman raja sehari bersama permaisurinya, gelak tawa gembira keluarga dan rakan-rakan yang hadir memang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Anda sebagai pelanggan dan bakal pengantin pastinya mahukan sesuatu yang berbaloi dengan apa yang telah anda bayar dan laburkan untuk majlis perkahwinan anda. Disini, kami asbesstos photography akan cuba memberi yang terbaik untuk setiap pelanggan ini kerana kami sentiasa memandang majlis anda sebagai sebuah majlis perkahwinan yang indah dan penuh kebahagiaan.Insyallah anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Izinkan kami menjadi sebahagian daripada hari bersejarah anda. Terima Kasih.

"One second in time, One picture for a lifetime"