Contact Form

Name

Email *

Message *

Perkahwinan : Siti Nor Syawiah & Abdullah Aziz ( Batu Pahat )

Salam, selamat hari raya aidiladha untuk semua.. Ok Event kali ni berlangsung di Senggarang, Batu Pahat Johor. Yes, sangat dekat dengan rumah aku. Tapi suaminya berasal dari Perlis.. Aku kena akui wedding ni antara yang paling bagi dugaan aku pernah buat sebab time hari berlangsung tu aku tak berapa sihat and kepala pening since dari time pernikahan. Tak pernah kena macam ni so tak ada preparation untuk tu.. wedding tetap terus berjalan.. Jadi kat sini saya rendah diri nak minta maaf kalau ada tersilap tingkah laku kepada pengantin dan keluarga pengantin dan segala kekurangan saya yang tidak disengajakan. 

Berbalik kepada pengantin, wedding mereka berjalan penuh kelancaran dan simple tapi tetap meriah dengan kehadiran tetamu yang menceriakan majlis. Kelakar bila part orang perlis kena bagi duit tol kalau nak lalu ke rumah pengantin perempuan.. aku rasa adat tol-tol ni cuma wujud di negeri johor darul awesome je.. hehe.. Apa pun, selamat menempuh alam berumah tangga bagi Syawiyah dan abdullah.. 


     

This entry was posted on and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Responses are currently closed.