Contact Form

Name

Email *

Message *

Showing posts with label Shoot For Fun. Show all posts

Live Love Laugh

Assalammualaikum. Ini entry santai je sementara aku siapkan album-album pengantin yang beratur menunggu kelembapan aku nak settlekan satu demi satu gambar tu. Dipendekkan cerita, just nak kongsi dengan korang gambar-gambar weekend lepas yang mana kitorang pergi event siti nurhaliza kat alamanda and then kebetulan ada cik amoi yang berlegar-legar dalam mall tu keseorangan dengan muka kelaparan. huhu. Kitorang terus bergerak ke rumah baru cherrie yang memang dekat dengan alamanda tu. Dan disitulah bermula lawatan suci kami bertukar menjadi sesi photoshoot santai yang tidak boleh dikawal. Semangat diorang makin membuak-buak bila cik intan keluarkan camera polaroid and bagi sorang sekeping untuk kenangan. Haha. 

Neway aku tahu ada ramai yang dah tengok gambar-gambar ni kat facebook, but kat sini aku nak share sebagai aktiviti, portfolio and plus, korang boleh tengok a better quality gambar-gambar yang aku snap. And aku pasti, ni bukan kali terakhir muka diorang akan tertampal dalam blog ni. Hahaha. Akhir sekali, terima kasih kepada diorang kerana tidak pernah berkelakuan normal sepanjang kita berkawan and kenal. Next time kitorang akan cuba cukupkan forum. :)

Wedding : Raja Sehari Idris & Nanie - Putrajaya


Assalammualaikum. Pertamanya, ni bukan job aku, just datang untuk meraikan pengantin and menjamu selera la kan. Suka datang majlis orang and shoot gambar diorang sebab kalau bukan aku punya job tekanan dia tu kurang sikit.. Actually ni wedding akak kepada kawan kitorang Cik Nadiya and aku pergi dengan Intan, Syeera and adik dia ejat kot namanya sorry bro kalau salah eja. Saja nak upload sebab banyak shoot-shoot yang aku rasa cantik so why not tambah lagi portfolio aku kan hehe. Semua gambar cuma guna 50mm 1.8, 10-22mm dan build-in flash. Nice kan? Share entry ni dengan hanya menge'like' button kat ending entry ni. Hehe. Terima Kasih!




:: Nak lagi clear boleh tekan HD ::

With Amoi, Cherrie, Aina & Intan at Alamanda


Ni semalam punya cerita. Jumpa cik amoi heaxa and the geng untuk discuss fasal concept wedding and pre-wedding dia. Sampai sana diorang havoc bergambar and tak berhenti bercakap je. Tak la heran mana pun coz memang dah kenal diorang lama and dah biasa pun. Cherrie dengan berbadan dua jalan pun dah macam tak larat. So funniehhh..  But specialnya kali ni sebab kitorang dah ada ahli baru namanya Aisyah Zora. Cute bangett..tapi kuat tido. ahahaha.. So alhamdullillah masing2 dah bersetuju dengan deal and next, hope rancangan berjalan lancar je. Semoga yang terbaik untuk bakal pengantin kita supaya tabah menempuh hari bahagia diorang. Well, macam biasa.. gambar aku takde.. haha


Mendaki kota keriangan Genting Highland


Rasanya dah lama aku tak bercuti kemana-mana. So semalam sempena cuti wilayah hari rabu, kitorang berempat pun gagah mendaki genting highland and balik hari je pun. Semua ok and tak habis ketawa je kat atas. Perut memang lapar lah kat tempat sejuk tapi makanan harga semua naik 3 kali ganda. kitorang redha tunggu turun ke Malaysia semula. So ini adalah sikit gambar-gambar yang aku nak share dalam blog ni. Tak banyak mana pun. Dan macam biasalah gambar tukang ambik gambar memang kurang. haha.. tak kisah.. janji happy. Thanks Intan, ihfa and shatila :)

Wedding Puan Syarifah Nur Diana (cherrie) Dan Suami (Mr.ChentaHati)

Assalammualaikum semua. Lama dah menyepi dek kerana busy dengan hal-hal perpindahan rumah dan menguruskan album-album pengantin yang masih pending. So secara ringkasnya sabtu lepas, telah pergi ke perak untuk hadir ke majlis perkahwinan seorang teman yang dah lama kenal tapi hanya kenal melalui blog dan facebook. Kena admit she is one of my bestfriend dekat alam maya dari dulu. 

Should be sayalah photographer untuk majlis beliau yang cover dan teman dia dari nikah hinggalah ke persandingan juga outdoor.. at least itulah rancangan awalnya. Tapi malangnya ada perubahan rancangan saat akhir dan saya terpaksa tarik diri. But akhirnya berjaya juga datang sebagai tetamu dan snap beberapa gambar untuk cik cherrie saya ni. walaupun tak banyak tapi insyallah puas hati. Beliau sangat cantik dan sepadan bersama husband yang gemar dia panggil mr.chenta hati beliau. Harapan saya agar mereka berbahagia selalu dan terus kekal begitu sehingga ke nafas akhir mereka..amin... :) *saya mmg skema. haha




















Perkahwinan perlu dipenuhi cinta, warna dan senyuman keriangan semua mereka yang hadir. Gambar perkahwinan yang indah bukan hanya atas dasar teknik dan perkakasan tapi keikhlasan semua. Semoga kamu bahagia dan boleh timang cahaya mata cepat-cepat ye.. hihi..